
Perbezaan lelaki dan perempuan membuatkan mereka saling melengkapi. Tetapi sebelum mereka saling melengkapi, mari kita lihat apakah yang membuatkan mereka amat berbeza..
NAMA
Jika sekumpulan pelajar perempuan keluar bersama, mereka akan menggunakan nama asal masing-masing abila memanggil antara mereka. Contohnya Ain, Lily, Aimi dan Kamila, mereka tetap menggunakan nama asal.
Namun berlainan pula dengan Ali, Hassan, Faiz dan Nabil. Mereka memberikan gelaran kepada rakan-rakan mereka. Contohnya, hitam, gemuk, boroi, panjang dan lain-lain lagi.
DUIT
Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit jika sesuatu barangan itu menjadi idaman hatinya. Walaupun mahal, mereka tidak kisah. Apa yang penting kualiti lebih daripada harga.
Perempuan juga sanggup memhabiskan duit dengan banyak apabila berbelanja. Namun, mereka membayar lebih keatas barang yang dibeli walhal ianya bukan barang yang diinginan pun. Kebiasaannya hal ini terjadi apabila ada jualan murah.
KEJAYAAN
Seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.
Seorang perempuan pula, dikatakan bejaya apabila mendapat lelaki yang diatas.
PERTENGKARAN
Perempuan sering mempunyai kata-kata akhir selepas berlakunya sesuatu pertengkaran seperti kesimpulan.
Lelaki pula, sering menambah pada kata-kata akhir perempuan itu dan apa yang terjadi, ia akan memulakan pertengkaran yang baru.
MASA HADAPAN
Perempuan amat merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat suami.
Lelaki tidak pernah merisaukan masa depan mereka sehinggalah mereka mendapat seorang suami.
PERKAHWINAN
Seorang perempuan berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu berubah, tetapi malangnya mereka tidak berubah.
Seorang lelaki berkahwin dengan perempuan dan mengharapkan perempuan itu tidak berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.