
Menutup rambut adalah salah satu hukum agama yang meletakan rambut itu adalah aurat. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa memakai tudung dengan sengaja meninggikan sanggul adalah salah. Dikatakan, gaya sedemikian dapat menjadikan si pemakai kelihatan menawan dan anggun.
Lebih malang lagi, ada sesetengah sengaja memakai sanggul palsu wahal mereka memiliki rambut yang pendek. Tanpa mereka sedari mereka telah pun membuat dua kesalahan. Memakai rambut palsu adalah salah di sisi agama. pemakaian seperti itu seolah-olah ingin menampakkan bentuk rambut yang tersimpan.
Tidakkah takut dan gerun di hati para Muslimah bilamana Rasulullah menyatakan golongan melakukan dosa seumpama ini adalah penghuni neraka? Nauzubillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan